PENGENALAN KOMSAS

Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen sastera'. Komsas merupakan komponen dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pelajar Tingkatan 1 - 5 di di semua sekolah menengah.

Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu sebuah novel dan sebuah antologi. Apabila sampai ke tingkatan 3, mereka sudah membawa 6 buah buku.

Novel yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan oleh novelis Malaysia - tidak semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat, panjang dan hanya sesuai untuk bacaan umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar PMR dan SPM. Kupasan novel termasuk dalam Bahagian B Kertas Bahasa Melayu PMR dan membawa markah 10 % sahaja.

Antologi pula merupakan kumpulan pelbagai genre seperti puisi moden dan puisi klasik , cerpen , sedutan teks klasik dan drama.


BUKU KOMSAS KBSM

  

        TINGKATAN SATU                    TINGKATAN DUA

 


Contact

SYAKILA MENHURI

SMK SEBERANG JAYA
LENGKOK SEMBILANG,
BANDAR SEBERANG JAYA
13700 PERAI, PULAU PINANG.


013 - 4411827